Google
free web counter

Tuesday, January 1, 2008

Tanaman Cendawan



KENALI CENDAWAN



cendawan tiram kelabu ( pleurotus sajor-caju )



Cendawan adalah sejenis kulat yang boleh dibahagikan kepada jenis beracun ( tidak boleh dimakan ) dan jenis yang tidak beracun ( boleh dimakan ).Cendawan segar telah lama dijadikan bahan makanan yang boleh menambahkan rasa makanan.Secara amnya, ia mengandungi kandungan protin yang tinggi berbanding sayuran hijau yang lain. Ia juga mengandungi karbohidrat, serat dan vitamin yang tinggi serta kandungan lemak yang rendah.Cendawan boleh tumbuh secara liar dan boleh juga ditanam menggunakan media penanaman seperti habuk kayu, jerami padi, dan kapas.



Penanaman cendawan segar mempunyai potensi ekonomi yang tinggi.Terdapat pelbagai jenis cendawan antaranya cendawan tiram, ling zhi, shiitake, telinga kera, kukur, cendawan butang, cendawan bunga kubis dan sebagainya.Cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus sp adalah antara cendawan yang didapati sesuai ditanam di malaysia.Terdapat tiga jenis cendawan tiram cendawan tiram kelabu ( pleurotus sajor-caju ), tiram putih ( pleurotus florida ), tiram abalon ( pleurotus cystidiousus )


KEPERLUAN DAN PENGURUSAN CENDAWAN







Kejayaan penanaman cendawan tiram bergatung kepada beberapa faktor persekitaran yang penting seperti jenis substrat, suhu, kelembapan, cahaya, dan pengudaraan.Pencapaian yang baik dalam bidang perusahaan ini bergantung kepada amalan pengusaha mengikut perkara-perkara seperti berikut.


1. Pembinaan rumah cendawanUntuk kemudahan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, sebaik-baiknya rumah cendawan mempunyai tiga ruang iaitu ruang penyediaan, bilik suntik, dan ruang beg media cendawan


2. Penyediaan beg media cendawanBeg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisilium cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah habuk kayu, dedak halus, kapur pertanian da air.


3. Pengukusan beg media cendawanSelepas penyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran.Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram atau menggunakan pengukus besar ( steamer ) set dapur gas, pelapik, dan penutup tong dram ( besen aluminium )


4. Pemilihan benih cendawanUntuk mendapat cendawan yang baik pemilihan benih amat penting, elakkan menggunakan benih cenwan yang terlalu tua, yang kena penyakit atau tercemar.


5. Penjagaan beg media dan keadaan rumah cendawan yang sesuaipenjagaan beg media cendawan amat penting untuk mendapat hasil yang tinggi, rumah cendawan hendaklah sentiasa bersih


6. Penyuntikan benihPenyuntikan benih hendaklah dijalankan didalam bilik penyuntik banih yang bersih supaya tidak berlaku pencemaran bahan / peralatan yang diperlukan ialah benih cendawan, pengcukil besi, lampu spirit, marker pen dan mancis api.


7. Memungut hasilSelepas pemeraman beg media cendawan selama 45-60 hari, kerja yang selanjutnya ialah memungut hasil.Hasil kutipan pertama cendawan ialah diantara 50-60 hari selepas menyuntik benih.Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10 hari beg direhatkan.Sekali kutipan boleh mencapai jumlah 60-80 grem /beg dan satu beg media cendawan boleh memberikan 6-8 kali kutipan hasil untuk selama 3-4 bulan.Cendawan yang telah dipetik boleh disimpan dalam peti sejuk selama 2-3 hari.


8. Kawalan perosak dan penyakitCendawan sangat sensitif terhadap pencemaran persekitan, jadi untuk mendapatkan hasil yang tinggi kawalan perosak dan penyait seperti tikus, lipas, kulat liar dari persekiran mikro organisa yang lain mesti dibasmi.


9. Anggaran perbelanjaan penanaman cendawan tiran ( 2000 beg )


1.Modal tetap

a. Bangsal cendawan
- 1 ruang penyediaan 4.5m x 6.5m.
- 1 bilik suntik benih 3m x 2m.
- 1 ruang beg cendawan 4.5m x 4.5m
- 4 rak kayu 3.6m panjang x 20m lebar x 1.8m tinggijumlah
= RM 3500


b. peralatan
- 1 dapur 3 lingkaran , 1 tong dram, 1 tong gas, 1gelung paip getah, dan 1 muncung
penyembur
jumlah = RM 240


2. Modal berubah


Habuk kayu 1000kg, dedak halus 100kg, kapur pertanian 10kg, plastik PP 0.6 12kg,
penutup ,leher tutup rehat 2000 set. benih cendawan 80 botol, air ( 3 bulan ), dan pelbagai
jumlah = RM 1230



10. Anggaran gasil pulangan ( 2000 beg )
Pendapatan kasar hasil cendawan
- Dalam masa 3 bulan = RM 3600
- Ditolak dengan modal berubah = RM 1230
- Pendapatan bersih = RM 2370